The Zoya Factor

The Zoya Factor ialah novel yang ditulis oleh Anuja Chauhan, yang diterbitkan oleh HarperCollins India pada tahun 2008. Ia berkisarkan tentang seorang wanita Rajput bernama Zoya Singh Solanki yang bertemu dengan Pasukan Kriket India menerusi tugasnya sebagai eksekutif di sebuah agensi pengiklanan dan akhirnya menjadi pesona bertuah bagi pasukan untuk Piala Dunia Kriket 2011. Chauhan mula bekerja pada novel sulungnya pada tahun 2006, menulis semasa masa lapangnya. Hasuil kerja beliau pada jenama Pepsi selama 13 tahun di JWT Delhi, di mana beliau ialah Naib Presiden dan rapat dengan iklan kriket, akhirnya membawa kriket menjadi penataan novelnya.[1]